Kelebihan Tingkatan Enam



Kebanyakan pelajar mungkin tidak menyedari beberapa kelebihan tingkatan 6 (T6) berbanding dengan program Matrikulasi dan diploma. Antaranya kos yang lebih murah jika hendak dibandingkan dengan program di IPTA ataupun swasta. Ini memandangkan pengajian di peringkat sekolah mendapat bantuan subsidi yang lebih banyak.

Malahan, sekolah yang menawarkan pengajian T6, boleh dikatakan terdapat di setiap daerah besar di seluruh negara. Di samping itu, meneruskan ke T6 tidak menuntut pelajar tinggal di asrama kerana mereka mempunyai pilihan untuk berulang-alik ke sekolah.

Selain sijil T6 diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk bekerja atau melanjutkan pendidikan ke ijaazah pertama berbanding dengan sijil Matkulasi yang tidak diktiraf oleh JPA untuk bekerja, taraf kelulusan STPM mempunyai tangga gaji yang lebih lumayan berbanding dengan SPM.

Tak dapat UPU dan Matrix?. Jangan risau, form 6 mesti dapat kan?~

Consider dahulu beberapa perkara sebelum menolak atau mengatakan 'TIDAK!' kepada Tingkatan Enam.

1. Tingkatan Enam, hanya 3 semester. Habis sem akhir, terus sambung degree kalau ada rezeki. Berbeza dengan Diploma yang korang tergila-gilakan tu (UPU), belajar 8/6 semester, habis sem terus sambung degree. Korang 3 sem je. Kan jimat masa tu?. Akhir sekali ke degree juga. Jangan tanya kami mengenai sistem pembelajaran, kerna tahun korang bermula sistem modular. Kami generasi terakhir STPM. which is korang dah xde stpm dah lepas ni. Exam tiap2 semester je.

2. Jimat. Ya!. Jimat dalam pelbagai perkara. Makan, pakai, tempat tinggal, buku dan lain-lain. Korang makan, makan kat rumah. Pakai, pakai baju sekolah je. Kalau dapat sekolah yang ada asrama, asrama murah. Kalau tak dapat, duk rumah. Lagi murah. Buku, hanya 1 kali beli je. Kalau diploma, tiap-tiap sem kene tukar buku. Tak perlu fikir pasal taraf hidup disesebuah negeri. Kalau duk kat Kelantan lagi lah kan?. Sanggup ke nak duk kat Negeri luar yang kebanyakkannya taraf hidup tinggi?.

3. Tak perlu membuat sebarang pinjaman. PTPTN, MARA atau apa pun, tak payah. Tak payah pergi berhimpun untuk mansuhkan PTPTN pun. WOHA!. Nak bayar apa lgi?. Yuran dah xde. Bayar bayaran tambahan je. Contoh yuran kelas tambahan ke, kelas malam ke ape ke. MUET je la yg kene bayar dan mmg wajib bayar. Kalau budak-budak diploma tu, buat pinjaman untuk diploma dah berapa ribu. Then further ke degree, pinjaman lagi. Korang hanya stay form 6, dan further degree, baru buat pinjaman.

OK itu antara Form 6 - Diploma.

Sekarang meh buat perbandingan dengan matrikulasi ;

PERBANDINGAN ANTARA TINGKATAN ENAM DENGAN MATRIKULASI


TINGKATAN ENAM
Tempoh pengajian 3 semester
Aliran sains dan kemanusiaan
Sijil diiktiraf untuk kemasukan ke IPTA & luar negara
Kos rendah berbanding matrikulasi/diploma
Sijil diiktiraf JPA untuk mendapat pekerjaan
Setaraf A level
Pengantar Bahasa Melayu
Pusat di sekolah seluruh negara

MATRIKULASI
Tempoh pengajian 3 semester
Aliran sains hayat, fizikal & perakaunan
Sijil diiktiraf oleh universiti berkenaan sahaja ( Dalam kes khas, diiktiraf universiti awam lain & berbanding beberapa negara luar )
Kos lebih tinggi
Tidak diiktiraf oleh JPA
Kurikulum berpandukan STPM
Pengantar Bahasa Melayu *yang ini saya rasa ada juga bahasa Inggeris, kalau salah tolong betulkan
Di kampus universiti atau pusat khas (kolej/sekolah)

Sumber: Majlis Peperiksaan Malaysia

4 comments:

  1. program matrikulasi
    -program satu tahun (pst) , 2 sem
    -program dua tahun (pdt) , 4 sem
    (tapi kalau gagal kokurikulum , repeat la jawabnya)
    bahasa pengantar bahasa enggerih tapi ada je lect yang cakap bahasa melayu (campoq2) sebab kadang2 ada students tak paham temasok la den ni ha .

    ReplyDelete
  2. sume ad kelebihan masing2.....klu mcm to x yah la bkak u tuk dploma or matrik or asasi.....pegi f6 je.....dn 1 lgi....psal mansuhkan ptptn tu bkan nye ape just nk tuntut hak yg ptut kte dpat......

    ReplyDelete
  3. Hakikatnya ramai anak melayu malas nak amik form 6 sebab susah.dorang nak senang masuk universiti tu sbb amik matrikulasi....ramai yg sedar konsep bersusah dahulu senang kemudian.yg susah akan bawsk kita jauh keatas.cina dan india jer yg ramai buat form 6.form 6 juga entry kemasukan ke universiti singapore pd yg nk study kst singapore....da dari singapore lepas degree terus lerja di singapore atau luar negara

    September 27, 2019 at 9:27 AM Delete
    Blogger AdaAkuKisah said...
    Anak saya dipaksa buat form 6,memang dia tak suka sb kawan2 dia dh buat matrikulasi,sebab buat form 6 adalah kerana sy nk menghantarnya ke NUS spore,syarat kemasukan NUS adalah form 6.dia tak nk masuk NUS,sy bgtau dia kalo tak nak NUS maka dia kena masuk uni yg no satu di Malaysia....arini dia dlm tahun 2 jurusan Law dalam Universiti Malaya..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete