GURU AKADEMIK TINGKATAN 6 KINI PENSYARAH PRAUNIVERSITI
Bulan Mei 2011 kian hampir. Bagi guru 
 yang mengajar tingkatan 6, sistem modular yang dicanangkan oleh 
Bahagian  Pengurusan Tingkatan 6, Kementerian Pelajaran Malaysia masih 
ditunggu.  Sistem tiga semester yang bakal dilaksanakan ialah 
transformasi besar  yang membabitkan perubahan sukatan pelajaran, kaedah
 kuliah, pentaksiran  berterusan dan peperiksaan berpusat oleh Majlis 
Peperiksaan Malaysia. 
Langkah Kementerian Pengajian  
Tinggi Malaysia (KPTM) hendak memperkasa semula kursus diploma dengan  
tempoh pengajian lebih singkat, iaitu dua tahun setengah dijangka  
memberi kesan kepada enrolmen pelajar tingkatan enam. Lulusan diploma  
yang selama ini lebih menjurus kepada penyediaan modal insan tahap  
pertengahan kini kembali diberi peluang untuk terus menyambung pengajian
  ke peringkat ijazah pertama tanpa perlu bergraduat dan bekerja 
terlebih  dahulu. Pengkhususan dalam kursus diploma akan menjadikan 
pengajian  tingkatan 6 yang lebih bersifat umum akan menghadapi saingan 
yang lebih  sengit dari segi daya tarikan.
Jika terlaksana sebagaimana yang
  dirancang, sistem semester tingkatan enam akan menawarkan 
kursus-kursus  yang setara dengan pengajian tahun pertama di universiti 
tempatan dan  antarabangsa. Pelajar yang berjaya memperoleh kelulusan 
STPM  berkemungkinan besar memperoleh pengecualian jam kredit tertentu 
di  peringkat universiti. Maknanya, jangka masa pengajian ijazah pertama
  mereka akan hanya mengambil masa antara empat atau lima semester 
sahaja.
Pelajar terbaik STPM juga  
berpeluang menyambung pengajian di universiti terbaik dunia seperti  
Havard, Yale, MIT, Princeton, John Hopkins (Amerika Syarikat),  
Cambridge, Imperial College, LSE, Oxford (Britain), A.N.U., Monash  
(Australia) dan timur tengah. Semuanya bergantung kepada akreditasi atau
  penarafan yang diberikan terhadap kualiti kursus pengajian  
prauniversiti tingkatan 6. Pihak kementerian sudah pasti membuat  
persediaan ke arah itu.
Kini, aspek kemudahan  
pembelajaran pengajian tingkatan 6 juga masih ditunggu. Memandangkan  
bahawa kuliah dan pentadbiran tingkatan 6 masih bernaung di sekolah,  
maka warga sekolah yang lain masih menganggap pelajar dan guru akademik 
 tingkatan 6 tetap tertakluk kepada peraturan, tatacara dan tugas yang  
umum. Keadaan itu berlaku kerana kefahaman tentang bidang tugas  
pensyarah prauniversiti masih kurang jelas sama ada dari segi terma  
rujukan tugas dan tanggungjawab lain.
Walaupun berada dalam premis  
yang sama, pengajian tingkatan 6 ialah entiti yang berasingan daripada  
pengurusan tingkatan satu hingga lima. Pengajian tingkatan 6 ialah  
kursus lepas menengah, iaitu prauniversiti. Pelajar tingkatan 6 bukanlah
  seperti murid sekolah yang lain, manakala guru akademik tingkatan 6  
ialah pensyarah.
Isu yang timbul di sekolah ialah
  apabila guru lain mempertikaikan bidang tugas pensyarah tingkatan 6 
dan  emolumen yang mereka nikmati. Hakikatnya, lantikan pensyarah 
tingkatan 6  ditetapkan oleh kementerian, bukan kehendak peribadi 
sesiapa. Jika  semua guru berpegang kepada prinsip menghormati terma 
rujukan tugas  masing-masing, mana mungkin mereka tidak semena-mena 
masuk kawasan orang  lain.
Sistem semester dan pentaksiran 
 berterusan bakal menyaksikan pensyarah tingkatan 6 tidak menang tangan 
 nanti, khususnya sebelum sistem modular betul-betul mantap. Item  
pentaksiran dan dokumentasi menjadi sangat penting supaya kesahan dan  
kebolehpercayaan pentadbiran alat pengukuran yang digunakan berada di  
tahap tertinggi. Sebahagian jadual pensyarah tingkatan 6 di sekolah akan
  diisi dengan tugas berkenaan.
Walaupun sebahagian guru  
beranggapan bahawa mengajar budak tingkatan 6 lebih ringan, tetapi hanya
  yang terlibat lebih maklum. Jawatan pensyarah tingkatan 6 ialah gred  
naik pangkat DG 44 ke atas. Maknanya, guru akademik tingkatan 6 memang  
layak bergelar pensyarah kerana pengalaman dan kekananan mereka dalam  
perkhidmatan.
sumber :
 http://prauniversiti5.blogspot.com/2011/04/guru-akademik-tingkatan-6-kini.html
 
0 comments:
Post a Comment