Featured Post

[Sejarah 2] - Perubahan Pentadbiran di Tanah Melayu (1874 - 1896)


Bincangkan perubahan pentadbiran  yang berlaku di Tanah Melayu antara tahun 1874 hingga tahun 1896.  



Sebelum tahun 1874, negeri-negeri Melayu mengamalkan sistem beraja di mana raja mempunyai kuasa ke atas negerinya.  Baginda dibantu oleh barisan pembesar daerah.  Selepas campur tangan British, British telah memperkenalkan sistem Residen (1874) dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1896).

          Sistem Residen mula diperkenalkan di negeri Perak pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor.  Sistem Residen kemudiannya diperluaskan ke negeri-negeri Melayu yang lain.  Sistem Residen merupakan sistem pemerintahan British secara tidak lansung.   Mengikut sistem ini, Sultan akan memerintah negerinya mengikut nasihat Residen British.  Sistem Residen dilaksanakan tanpa panduan daripada gabenor atau pihak British.  Residen memerintah mengikut budi bicara masing-masing.

          Residen mengugat kuasa Sultan dan pembesar Melayu.  Residen menguasai pentadbiran dan ini menyebabkan Sultan dan pembesar Melayu kehilangan kuasa kerana Residen yang menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.

          Residen menasihati Sultan dalam semua perkara pentadbiran kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adapt istiadat Melayu.  Akan tetapi, nasihat Residen mesti dipatuhi dan dilaksanakan.

          Residen  telah melampaui batas batas yang termaktub dalam Perjanjian Pangkor 1874.   Contohnya JWW Birch telah melarang amalan perhambaan.  Ini telah dianggap melampaui bidang kuasa mereka kerana bagi sultan dan pembesar, amalan perhambaan merupaka adapt turun-temurun dalam masyarakat Melayu tradisional.  Residen mengambil alih kuasa dan hak memungut cukai yang selama ini dijalankan oleh sultan dan pembesar Melayu.  Pemungutan cukai juga merupakan adat dalam masyarakat Melayu tradisional.  Pungutan cukai ini telah diambil alih oleh pegawai British iaitu Pegawai Majistret dan Pemungut Hasil.



          Sistem Residen mempunyai kelemahan kerana setiap Residen tidak diberi panduan yang jelas untuk menjalankan tugas mereka.  Residen terlalu berkuasa di negeri-negeri Melayu.  Gabenor Negeri-negeri Selat tidak dapat mengawal kuasa Residen.  Pentadbiran setiap negeri juga tidak teratur dan seragam.  Pembangunan juga tidak seimbang.

          Kelemahan Sistem Residen menyebabkan negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan akhirnya disatukan di bawah sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Persekutuan 1896.

          Persekutan yang ditubuhkan pada tahun 1896 kerana kelemahan sistem Residen.  Akibatnya setiap negeri berkembang mengikut dasar yang ditetapkan oleh Residen mereka.  Dengan adanya gabungan negeri Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dalam Persekutuan tersebut, diharapkan bahawa sistem perhubungan seperti jalan raya dan landasan kereta api antara negeri-negeri Melayu dapat dimajukan.

          Persekutuan juga akan dapat mengukuhkan kekuatan dan pertahanan ketenteraan.  Ini akan menjimatkan bayaran perkhidmatan pakar seperti jurutera, juruukur dan doctor.

          Masalah kewangan Pahang merupakan salah satu sebab  pembentukan Persekutuan 1896.  British telah campur tangan di Pahang pada 1888 dengan tanggapan bahawa Pahang mempunyai potensi ekonomi yang baik.  Pada tahun 1890-an, Pahang mengalami masalah kewangan yang teruk.  Menjelang akhir tahun 1891, hutang Pahang dengan Negeri-negeri Selat adalah kira-kira $6 juta.  Malah ini diberatkan lagi dengan kebangkitan Pahang pada tahun 1890-1895.  Kerajaan Negeri-Negeri Selat tidak berupaya membantu Pahang lagi.  British dalam keadaan serba salah, sama ada mahu berundur dari Pahang ataupun cuba menyelesaikan masalah kewangan Pahang itu.  British sangat mementingkan imej dan maruah di mata dunia.  Sekiranya, British berundur dari Pahang, ini akan menjatuhkan maruahnya.


          C.P. Lucas telah mencadangkan pembentukan persekutuan untuk menyelesaikan masalah Pahang ini.  Diharapkan bahawa negeri yang kaya akan membantu negeri yang miskin.  Persekutuan juga akan dapat menyeragamkan sistem pentadbiran di negeri Perak, Pahang, Selangor, dan Negeri Sembilan.  Negeri-negeri Melayu dibentuk pada 1896, Raja Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan bersetuju menerima seorang pegawai British yang digelar Residen Jeneral.  Beliau bertanggungjawab kepada Gabernor Negeri-Negeri Selat yang digelar Persuruhjaya Tinggi.


          Raja-raja Melayu mesti mengikut nasihat Residen Jeneral dalam semua perkara kecuali yang menyentuh adat istiadat dan agama Islam.  Melalui Persekutuan 1896, kuasa pentadbiran dalam tangan Residen Jeneral.  Beliau berkuasa dalam semua urusan kewangan dan cukai eksport.


          Kerajaan Pusat telah membentuk banyak jabatan yang diketuai oleh pegawai British.  Ini telah menambahkan bilangan pegawai British.  Kuasa Sultan dalam Majlis Mesyuarat Negeri telah diambil alih oleh Residen Jeneral.  Sultan telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap kuasa Residen Jeneral.  British telah menubuhkan Durbar untuk mengatasi masalah ini.  Dalam Durbar Kedua, Sultan Idris telah mengkritik pemusatan kuasa yangada dalam tangan Residen Jeneral.  Dengan ini, British telah memikirkan supaya pengagihan kuasa pusat dilaksanakan.


          Kesimpulannya, British menubuhkan Sistem Residen selepas Perjanjian Pangkor pada tahun 1874.  Sultan Melayu di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan telah kehilangan kuasa pada Residen British.  Malah apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu dibentuk pada tahun 1896, kuasa sultan semakin hilang.  Ini disebabkan kuasa mereka telah diambil alih oleh Residen Jeneral.

GURU AKADEMIK TINGKATAN 6 KINI PENSYARAH PRAUNIVERSITI

Bulan Mei 2011 kian hampir. Bagi guru yang mengajar tingkatan 6, sistem modular yang dicanangkan oleh Bahagian Pengurusan Tingkatan 6, Kementerian Pelajaran Malaysia masih ditunggu. Sistem tiga semester yang bakal dilaksanakan ialah transformasi besar yang membabitkan perubahan sukatan pelajaran, kaedah kuliah, pentaksiran berterusan dan peperiksaan berpusat oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. 

Langkah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) hendak memperkasa semula kursus diploma dengan tempoh pengajian lebih singkat, iaitu dua tahun setengah dijangka memberi kesan kepada enrolmen pelajar tingkatan enam. Lulusan diploma yang selama ini lebih menjurus kepada penyediaan modal insan tahap pertengahan kini kembali diberi peluang untuk terus menyambung pengajian ke peringkat ijazah pertama tanpa perlu bergraduat dan bekerja terlebih dahulu. Pengkhususan dalam kursus diploma akan menjadikan pengajian tingkatan 6 yang lebih bersifat umum akan menghadapi saingan yang lebih sengit dari segi daya tarikan.

Jika terlaksana sebagaimana yang dirancang, sistem semester tingkatan enam akan menawarkan kursus-kursus yang setara dengan pengajian tahun pertama di universiti tempatan dan antarabangsa. Pelajar yang berjaya memperoleh kelulusan STPM berkemungkinan besar memperoleh pengecualian jam kredit tertentu di peringkat universiti. Maknanya, jangka masa pengajian ijazah pertama mereka akan hanya mengambil masa antara empat atau lima semester sahaja.

Pelajar terbaik STPM juga berpeluang menyambung pengajian di universiti terbaik dunia seperti Havard, Yale, MIT, Princeton, John Hopkins (Amerika Syarikat), Cambridge, Imperial College, LSE, Oxford (Britain), A.N.U., Monash (Australia) dan timur tengah. Semuanya bergantung kepada akreditasi atau penarafan yang diberikan terhadap kualiti kursus pengajian prauniversiti tingkatan 6. Pihak kementerian sudah pasti membuat persediaan ke arah itu.

Kini, aspek kemudahan pembelajaran pengajian tingkatan 6 juga masih ditunggu. Memandangkan bahawa kuliah dan pentadbiran tingkatan 6 masih bernaung di sekolah, maka warga sekolah yang lain masih menganggap pelajar dan guru akademik tingkatan 6 tetap tertakluk kepada peraturan, tatacara dan tugas yang umum. Keadaan itu berlaku kerana kefahaman tentang bidang tugas pensyarah prauniversiti masih kurang jelas sama ada dari segi terma rujukan tugas dan tanggungjawab lain.

Walaupun berada dalam premis yang sama, pengajian tingkatan 6 ialah entiti yang berasingan daripada pengurusan tingkatan satu hingga lima. Pengajian tingkatan 6 ialah kursus lepas menengah, iaitu prauniversiti. Pelajar tingkatan 6 bukanlah seperti murid sekolah yang lain, manakala guru akademik tingkatan 6 ialah pensyarah.

Isu yang timbul di sekolah ialah apabila guru lain mempertikaikan bidang tugas pensyarah tingkatan 6 dan emolumen yang mereka nikmati. Hakikatnya, lantikan pensyarah tingkatan 6 ditetapkan oleh kementerian, bukan kehendak peribadi sesiapa. Jika semua guru berpegang kepada prinsip menghormati terma rujukan tugas masing-masing, mana mungkin mereka tidak semena-mena masuk kawasan orang lain.

Sistem semester dan pentaksiran berterusan bakal menyaksikan pensyarah tingkatan 6 tidak menang tangan nanti, khususnya sebelum sistem modular betul-betul mantap. Item pentaksiran dan dokumentasi menjadi sangat penting supaya kesahan dan kebolehpercayaan pentadbiran alat pengukuran yang digunakan berada di tahap tertinggi. Sebahagian jadual pensyarah tingkatan 6 di sekolah akan diisi dengan tugas berkenaan.

Walaupun sebahagian guru beranggapan bahawa mengajar budak tingkatan 6 lebih ringan, tetapi hanya yang terlibat lebih maklum. Jawatan pensyarah tingkatan 6 ialah gred naik pangkat DG 44 ke atas. Maknanya, guru akademik tingkatan 6 memang layak bergelar pensyarah kerana pengalaman dan kekananan mereka dalam perkhidmatan.

sumber : http://prauniversiti5.blogspot.com/2011/04/guru-akademik-tingkatan-6-kini.html

5,838 calon STPM Kelantan lulus penuh



KOTA BHARU - Seramai 5,838 atau 95.99 peratus daripada 6,082 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kelantan mendapat kelulusan penuh.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut, 3,321 calon atau 54.61 peratus mendapat kelulusan empat dan lima prinsipal berbanding 3,365 tahun lalu.

"Catatan keputusan tersebut menunjukkan calon STPM yang lulus penuh di negeri ini mengatasi keputusan peringkat nasional sebanyak 3.81 peratus," katanya pada sidang media sempena pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini.

Hussain berkata, pada tahun ini Kelantan mencatat sejarah apabila sekali lagi mempunyai pelajar terbaik peringkat nasional.

"Pelajar berkenaan ialah Muhammad Zulhilmi Mohd Salleh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota di sini, yang dianugerahkan pelajar cemerlang STPM 2011 peringkat Nasional dengan keputusan lima Prinsipal A," katanya.

Menurutnya, selain Muhammad Zulhilmi, JPN Kelantan turut mempunyai tiga calon lain yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan ketiga-tiga mereka dari sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas.

"Calon dimaksudkan ialah Nurul Shazwani Kamarudin Darus dari SMK Tengku Panglima Raja, Teng Lik Sien dari SMK Tendong, dan Mazian Mat dari SMK Perempuan," katanya.

Beliau berkata, 14 daripada 59 sekolah bantuan kerajaan di negeri ini berjaya mencapai keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM tahun 2010.

Menurutnya, antara sekolah tersebut ialah SMK Zainab 1, SMK Kota, SMK Tok Janggut, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, SMK Tanah Merah 1, SMK Pahi, SMK Mahmud Mahyiddin, SMK Dato' Perdana, Maktab Sultan Ismail, SMK Kamil, SMK Ismail Petra, SMK Sri Gunung, SMK Kubang Kerian 2, dan SMK Kubang Bemban.

Hussain berkata, seramai 16 calon sekolah bantuan kerajaan memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 iaitu lima di PPD Kota Bharu, tiga di PPD Pasir Mas, tiga di PPD Machang, tiga di PPD Bachok dan dua di PPD Pasir Puteh.

"Saya mewakili warga pendidik seluruh negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya dan kejayaan ini adalah hasil kerjasama serta komitmen semua pihak terutama para pendidik, ibu bapa dan masyarakat amnya," katanya.

Tips Belajar Terakhir Menjelang STPM



Ketika dalam kelas

Berikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru. Sebaik-baiknya elakkan gangguan yang sebelum ini kebiasaan pelajar buat seperti:

+Bercakap-cakap
+Membuat kerja subjek lain
+Mengajak rakan lain berbual

1. Buat persediaan nota selengkapnya sebelum guru mengajar.
- nota yang ringkas tajuk berkenaan semestinya telah pelajar buat sebelumnya.
- bertanyalah dengan guru tajuk ulangkaji yang akan di bincangkan pada p&p selanjutnya.
- selain nota sediakan juga soalan yang berkaitan tajuk

2. Siapkan kerja rumah sebaik-baiknya sebelum p&p
- kerja rumah akan serba sedikit mengganggu jadual ulangkaji. Oleh itu siapkan awal kerja rumah. Semasa p&p bersedialah untuk tumpuan p&p.

3. Banyakkan perbincangan masa terluang
- bayangkan masa yg ada di sekolah anda gunakan sebaik-baiknya untuk berbincang. Nescaya anda akan berasa masa untuk mengulangkaji memang lebih dari cukup. ‘manusia bukan gagal kerana tiada masa cukup tetapi manusia gagal kerana tidak pandai mengurus masa’

4. Elakkan guru marah
- perkara yang paling mengganggu mood belajar ialah apabila guru marah. Jadi elakkan guru jadi marah. Pastikan mood sentiasa enjoy dan happy kerana pembelajaran lebih senang untuk masuk kalau belajar itu seronok

5. Pastikan mood sendiri juga stabil
- pada awal p&p pastikan mood sendiri baik, happy dan enjoy. ‘off’ kan sebentar mood yang tidak bagus dan ‘on’ kan mood yang bagus. Ini bagi memastikan anda lebih senang menerima pelajaran.

CHEKLIST PERKARA YANG TIDAK PERLU ANDA BUAT SEMASA DALAM KELAS
BIL
PERKARA
TINDAKAN
1.
BERCAKAP-CAKAP PERKARA YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN RAKAN LAIN
2.
MEMBUAT KERJA RUMAH SUBJEK LAIN
3.
BERMAIN SMS SOROK-SOROK
4.
MELIHAT KELUAR TINGKAP


Sumber : http://prauniversiti5.blogspot.com/2011/09/tips-belajar-3-bulan-terakhir-menjelang.html