Featured Post

5,838 calon STPM Kelantan lulus penuh



KOTA BHARU - Seramai 5,838 atau 95.99 peratus daripada 6,082 calon yang menduduki Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di Kelantan mendapat kelulusan penuh.

Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang berkata, daripada jumlah tersebut, 3,321 calon atau 54.61 peratus mendapat kelulusan empat dan lima prinsipal berbanding 3,365 tahun lalu.

"Catatan keputusan tersebut menunjukkan calon STPM yang lulus penuh di negeri ini mengatasi keputusan peringkat nasional sebanyak 3.81 peratus," katanya pada sidang media sempena pengumuman keputusan peperiksaan berkenaan di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini.

Hussain berkata, pada tahun ini Kelantan mencatat sejarah apabila sekali lagi mempunyai pelajar terbaik peringkat nasional.

"Pelajar berkenaan ialah Muhammad Zulhilmi Mohd Salleh dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota di sini, yang dianugerahkan pelajar cemerlang STPM 2011 peringkat Nasional dengan keputusan lima Prinsipal A," katanya.

Menurutnya, selain Muhammad Zulhilmi, JPN Kelantan turut mempunyai tiga calon lain yang mendapat A dalam semua mata pelajaran dan ketiga-tiga mereka dari sekolah di bawah Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas.

"Calon dimaksudkan ialah Nurul Shazwani Kamarudin Darus dari SMK Tengku Panglima Raja, Teng Lik Sien dari SMK Tendong, dan Mazian Mat dari SMK Perempuan," katanya.

Beliau berkata, 14 daripada 59 sekolah bantuan kerajaan di negeri ini berjaya mencapai keputusan 100 peratus dalam peperiksaan STPM tahun 2010.

Menurutnya, antara sekolah tersebut ialah SMK Zainab 1, SMK Kota, SMK Tok Janggut, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Falahiah, SMK Tanah Merah 1, SMK Pahi, SMK Mahmud Mahyiddin, SMK Dato' Perdana, Maktab Sultan Ismail, SMK Kamil, SMK Ismail Petra, SMK Sri Gunung, SMK Kubang Kerian 2, dan SMK Kubang Bemban.

Hussain berkata, seramai 16 calon sekolah bantuan kerajaan memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) 4.0 iaitu lima di PPD Kota Bharu, tiga di PPD Pasir Mas, tiga di PPD Machang, tiga di PPD Bachok dan dua di PPD Pasir Puteh.

"Saya mewakili warga pendidik seluruh negeri Kelantan mengucapkan tahniah kepada semua calon yang berjaya dan kejayaan ini adalah hasil kerjasama serta komitmen semua pihak terutama para pendidik, ibu bapa dan masyarakat amnya," katanya.

Tips Belajar Terakhir Menjelang STPM



Ketika dalam kelas

Berikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru. Sebaik-baiknya elakkan gangguan yang sebelum ini kebiasaan pelajar buat seperti:

+Bercakap-cakap
+Membuat kerja subjek lain
+Mengajak rakan lain berbual

1. Buat persediaan nota selengkapnya sebelum guru mengajar.
- nota yang ringkas tajuk berkenaan semestinya telah pelajar buat sebelumnya.
- bertanyalah dengan guru tajuk ulangkaji yang akan di bincangkan pada p&p selanjutnya.
- selain nota sediakan juga soalan yang berkaitan tajuk

2. Siapkan kerja rumah sebaik-baiknya sebelum p&p
- kerja rumah akan serba sedikit mengganggu jadual ulangkaji. Oleh itu siapkan awal kerja rumah. Semasa p&p bersedialah untuk tumpuan p&p.

3. Banyakkan perbincangan masa terluang
- bayangkan masa yg ada di sekolah anda gunakan sebaik-baiknya untuk berbincang. Nescaya anda akan berasa masa untuk mengulangkaji memang lebih dari cukup. ‘manusia bukan gagal kerana tiada masa cukup tetapi manusia gagal kerana tidak pandai mengurus masa’

4. Elakkan guru marah
- perkara yang paling mengganggu mood belajar ialah apabila guru marah. Jadi elakkan guru jadi marah. Pastikan mood sentiasa enjoy dan happy kerana pembelajaran lebih senang untuk masuk kalau belajar itu seronok

5. Pastikan mood sendiri juga stabil
- pada awal p&p pastikan mood sendiri baik, happy dan enjoy. ‘off’ kan sebentar mood yang tidak bagus dan ‘on’ kan mood yang bagus. Ini bagi memastikan anda lebih senang menerima pelajaran.

CHEKLIST PERKARA YANG TIDAK PERLU ANDA BUAT SEMASA DALAM KELAS
BIL
PERKARA
TINDAKAN
1.
BERCAKAP-CAKAP PERKARA YANG TIDAK ADA KAITAN DENGAN RAKAN LAIN
2.
MEMBUAT KERJA RUMAH SUBJEK LAIN
3.
BERMAIN SMS SOROK-SOROK
4.
MELIHAT KELUAR TINGKAP


Sumber : http://prauniversiti5.blogspot.com/2011/09/tips-belajar-3-bulan-terakhir-menjelang.html